Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, kemalangan pada pukul 7.15 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohd. Fadzli Othman, 36, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dari arah Ipoh menghala ke Lumut.

“Motosikal yang ditunggang oleh mangsa hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok. Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE