Perintah tersebut dikeluarkan terhadap kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 30 tahun itu oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mahafiz Mat Lawi.

Suspek lelaki yang juga seorang anggota tentera dan isterinya di bawa ke mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi dengan memakai baju lokap berwarna jingga dan tangan bergari diiringi anggota polis.

Semalam, murid Sekolah Kebangsaan Lukut di sini, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam kelmarin.

Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - UTUSAN ONLINE