Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abd. Aziz Ismail berkata, lelaki berumur 22 tahun itu ditahan lima anggota tentera diketuai Koperal Sabran Latim setelah melihat sebuah kende­raan pacuan empat roda yang dipandu lelaki itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran Pos Sahara, kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Semasa tinjauan, kenderaan tersebut sedang melalui kebun getah menuju sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati ada plastik hitam berisi daun ketum," katanya dalam satu ke­nyataan di sini, hari ini.

Abd. Aziz berkata, lelaki serta kenderaan jenis Toyota Land Cruiser bernilai RM55,000 itu yang turut dirampas bersama daun ketum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pasukan 2 RS akan te­rus memperketatkan kawalan di sempadan negara dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara.