Menurut Rela, empat anggotanya itu, Melvin Cheong Mun Khai, 19; Leong Jiun Jie, 21; Lee Weng Poh, 27 dan Ho Hoong Keong, 55, telah ke pejabat SPRM bagi membuat laporan dan memberi keterangan berhubung suapan yang ditawarkan bagi menutup dan menarik balik laporan mereka.

“Masing-masing telah memberi keterangan secara bergilir-gilir bermula pukul 12.45 tengahari hingga 3.30 petang hari ini.

“Mereka mendapat kerjasama yang baik daripada pihak SPRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE