Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nurul Balqis Zunaidi selepas menerima permohonan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Riduan Kadri.

Anggota polis lelaki yang bertugas di Balai Polis Tampin dipercayai menerima rasuah itu daripada seorang tahanan lelaki sebagai balasan membekalkan rokok semasa dia ditahan di lokap ekoran kes pergaduhan antara 2 hingga 6 Mac lalu.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah kedai akuarium di Tampin pada pukul 2 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE