Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, anggota berkenaan yang bekerja di salah sebuah balai di bandar raya ini ditahan semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaaan dan ugutan jenayah.

“Tular dalam laman Facebook berkaitan seorang wanita warganegara asing mendakwa bahawa pada Disember 2017 telah dicederakan sehingga mengalami kecederaan pada kedua-dua lututnya serta diugut akan ditangkap jika melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

“Mangsa dalam viral ini telah berjaya dihubungi menerusi laman sosial Facebook dan mangsa kini berada di luar negara. Usaha sedang diambil dengan kerjasama pihak Interpol bagi merakam percakapan mangsa mengenai kesahihan kejadian dan dakwaan yang diviralkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE