Tertuduh, Muhammad Zaim Md. Thani, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Zaim yang berpangkat konstabel itu didakwa bersama-sama tiga lagi suspek yang masih bebas melakukan rompakan dengan melarikan seutas rantai emas serta telefon pintar Iphone 6 dan Huawei milik seorang lelaki berusia 29 tahun.

Dalam rompakan itu juga, lelaki itu turut dituduh menggunakan senjata berbahaya iaitu dua bilah pedang ke atas mangsa yang sama.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Zaim serta tiga rakannya di kedai snooker Jalan Peradin, Teluk Kerang, Pontian dekat sini pada pukul 5 pagi, 24 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE