pedang samurai oleh seorang lelaki penagih dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Dua, Sitiawan di sini hari ini.

Bagaimanapun, kecekapan anggota dan pegawai AADK, suspek berusia 35 tahun itu berjaya ditangkap.

Pegawai AADK Daerah Manjung, Sharudin Abdul Salam berkata, dalam serbuan pada pukul 7 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin itu sedang tidur.

Menurutnya, suspek dilihat tidur dengan disisinya terdapat beberapa bilah senjata tajam seperti pedang samurai dan pisau.

“Ketika cuba ditahan, suspek bertindak agresif dan cuba membuka sarung pedang samurai untuk melibas anggota bertugas namun, tidak sempat apabila dihalang oleh anggota AADK.

“Suspek berjaya ditangkap tanpa ada sesiapa yang mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE