Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek, Syielvester Indo, 26, mengamuk dan melibas mengunakan sebilah parang ke arah tuai rumah namun sempat mengelak manakala seorang penghuni rumah panjang lagi mengalami kecederaan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintenden Mohd. Sani Junid, suspek tersebut kemudian mengelar leher bapanya yang berada di ruai rumah panjang berkenaan.

Katanya, sejurus menerima maklumat kejadian pada pukul 6.45 pagi, sepasukan polis digerakkan dengan menaiki bot melalui sungai yang mengambil masa selama dua jam perjalanan.

“Suspek berusia 26 tahun telah melarikan diri dan bersembunyi di kawasan belukar tidak jauh dari tempat kejadian namun menyerahkan diri tidak lama kemudian.

“Motif pembunuhan dipercayai disebabkan semasa kecil suspek sering dimarahi dan dipukul bapanya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE