Suspek, Ali Nordin, 56, yang cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dibunuh anaknya yang dipercayai di bawah pengaruh dadah kira-kira pukul 3.10 pagi menggunakan parang sepanjang 28 inci serta pisau. 


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan satu kes tikaman di kampung tersebut. 


Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemukan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.


“Kejadian itu dipercayai akibat perselisihan faham hingga menyebabkan suspek bertindak menikam leher dan menetak kepala mangsa menggunakan pisau serta parang panjang sebelum menikam perutnya sendiri. 


“Suspek yang mengalami kecederaan teruk dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Tambah Fadil, pihaknya menemukan dan merampas parang sepanjang 28 inci dan pisau 10 inci yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa. 


Katanya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Utusan Online.