Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Penahanan suspek yang berusia 27 tahun itu adalah susulan tangkapan dan penahanan bapanya yang ditahan reman selama enam hari bermula semalam kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa.

ANAK kepada pengarah perkhidmatan awam yang disyaki bersubahat dengan bapanya berhubung pemberian pr

ANAK kepada pengarah perkhidmatan awam yang disyaki bersubahat dengan bapanya berhubung pemberian projek tiba di Mahkamah Majistret Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE

Menurut sumber, suspek dipercayai bersubahat dengan bapanya yang merupakan seorang pengarah di jabatan perkhidmatan awam bagi mencadangkan syarikat miliknya sendiri untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS membabitkan nilai RM45,472.

Suspek yang merupakan seorang eksekutif di sebuah agensi kerajaan di Perak telah ditahan pada pukul 10.30 pagi semalam di Ipoh, Perak.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE