Perintah tahanan reman itu diperoleh Suruhanjaya Pen­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Georgetown, Muna Maria Azmi hari ini.

Penahanan suspek yang ber­usia 27 tahun itu adalah susulan tangkapan dan penahanan bapanya yang ditahan reman semalam kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa.

Menurut sumber, suspek dipercayai bersubahat de­ngan bapanya yang merupakan seorang pengarah di jabatan perkhidmatan awam bagi mencadangkan syarikat miliknya sendiri untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebut harga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS membabitkan nilai RM45,472.

Suspek yang merupakan seorang eksekutif di sebuah agensi kerajaan di Perak telah ditahan pada pukul 10.30 pagi semalam di Ipoh, Perak untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.