Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga akan melatih pegawai-pegawai serta melantik ketua di setiap negeri.

“Kalau perlu, mungkin kita akan tambah divisyen atau subseksyen lain untuk menangani khusus di peringkat Bukit Aman, kontinjen dan formasi.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berkaitan. Kita tidak bercakap politik, kita profesional. Apabila undang-undang ini sudah dilaksanakan, tugas kami adalah menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program bebas jenayah dan dadah Masyarakat Kerian Sejahtera di Dataran Kerian Permai yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Fuzi turut melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Awam Parit Buntar dengan beramah mesra dengan masyarakat di sini. - UTUSAN ONLINE