Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, penggubalan akta itu telah memberi kuasa kepada penubuhan Aksem sebagai agensi khusus yang mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Ujar kenyataan itu lagi, menerusi akta tersebut, fungsi Aksem telah diperluaskan bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak selain membolehkan agensi itu melaksanakan operasi ke garis persempadanan negara.

“Berdasarkan subseksyen 1(2) Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menetapkan bahawa Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 akan berkuat kuasa pada 29 Disember 2017. - UTUSAN ONLINE