Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas pihaknya mengesan kereta tersebut hasil daripada maklumat risikan di kawasan Batu 11, Tanah Merah dekat sini.

Komander kawasan AKSEM, Shuhaidi Saidon berkata, pihaknya mengejar kereta tersebut sejauh 60 km menghala ke Rantau Panjang sebelum kenderaan ditinggalkan di sebuah rumah di Kampung Kubang Pak Hitam, Pasir Mas di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan pihaknya menemukan 15 guni daun ketum dipercayai untuk diseludup masuk ke negara jiran melalui pengkalan haram di Rantau Panjang.

“Suspek telah meninggalkan kenderaan tersebut di rumah tersebut dan terus melarikan diri.

“Kesemua daun ketum yang bernilai RM67,500 dirampas dan diserahkan ke bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE