Komander AKSEM Bukit Kayu Hitam, ASP Mohd. Khairi Abdullah berkata, rampasan kira-kira pukul 5 petang itu berdasarkan maklumat awam dan risikan mengenai sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan rokok secara haram.

"Sepasukan anggota yang membuat intipan di rumah itu kemudian menyerbu dan mengetuk pintu rumah yang tidak berkunci itu namun tiada penghuni sebelum pemeriksaan dilakukan dan menemui sejumlah kotak rokok disyaki tidak bercukai di dalam rumah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Antara rokok yang dirampas ialah rokok jenis John bernilai RM656,000 yang membabitkan nilai cukai sebanyak RM1.043 juta dan rokok kretek bernilai RM64,080 dengan cukai sebanyak RM576,720.

Katanya, rokok-rokok itu turut ditemukan di dalam empat buah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang di letakkan di sekitar rumah terbabit. - BERNAMA