Syed Basri Syed Ali
Syed Basri Syed Ali

Dalam pada itu, ada pula segelintir mereka yang terlebih kreatif dengan menghasilkan meriam karbaid di kampung mahupun di bandar.
Karbaid atau kalsium karbida merupakan satu sebatian kimia yang sebenarnya digunakan untuk tujuan pertanian bagi mempercepatkan proses matang buah-buahan seperti betik, jambu, pisang dan lain-lain.
Wartawan Utusan Malaysia, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan NAZWIN NAZRI meninjau penyalahgunaan karbaid sebagai bahan bakar untuk meriam begitu juga dengan penjualan mercun dan bunga api yang masih tiada penghujungnya.
 

KUALA LUMPUR 30 Jun -  Penyalahgunaan karbaid untuk membuat meriam dan bahan letupan dilihat agak membimbangkan berikutan terdapat beberapa kes membabitkan bahan tersebut berlaku sehingga menyebabkan kecederaan kekal kepada mangsa.

Malah, kes terbaru yang dilaporkan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki melecur te­ruk pada bahagian muka ketika bermain meriam karbaid buatan sendiri di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Susulan itu, Komander Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Perlis, Deputi Superintenden Syed Basri Syed Ali ketika dihubungi berkata, kawalan kemasukan bahan tersebut dari Thailand ke negara ini terutamanya setiap kali musim perayaan akan dibincangkan dengan pihak berkaitan.

Beliau berkata, ba­­han tersebut sebenarnya banyak digunakan oleh pekebun bagi mempercepat tem­poh matang buah-buahan namun ia sering disalah guna sehingga mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.

“Pada masa ini tiada rampasan dilakukan membabitkan karbaid dan perkara itu akan diperinci terlebih dahulu kerana sering disalahgunakan masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai penyeludupan mercun dan bunga api di sempadan negeri itu, Syed Basri memberitahu, sehingga Mei lalu, sebanyak 193 kotak dirampas yang dianggarkan ber­nilai RM29,776.

Katanya, pada tahun lalu tiada rampa­san direkodkan ma­nakala pada tahun 2015, sebanyak 1,130 bahan mercun dan bunga api berjaya dirampas.

Difahamkan, pe­ning­katan itu berikutan terdapat permintaan tinggi pada musim perayaan selain disebabkan penjualan secara meluas di laman sosial terutamanya Facebook.