Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan didapati jatuh kerana kecuaian sendiri sebelum kepalanya terhentak pada bucu meja makan.

Menurut sumber, lelaki berkenaan pada asalnya minum minuman keras di Restoran Granite Kitchen & Lounge bersama seorang rakan.

“Namun setelah pemilik restoran berkenaan memanggil ambulans, pasukan paramedik tiba memberi rawatan, ketika itulah lelaki tersebut mengeluarkan sepucuk pistol.

“Melihat kejadian tersebut, panggilan kecemasan telah dibuat kerana tindakannya mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Insiden berlaku kira-kira pukul 6 petang dan lelaki tersebut dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Md Zani Che Din dalam satu kenyataan, lelaki tersebut yang juga merupakan seorang pesara ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE