Suspek bergelar Tan Sri tersebut ditahan kira-kira pukul 7.45 malam selepas SPRM menyerbu kediamannya.

Difahamkan, selain penahanan itu, pihak SPRM turut menyerbu pejabat kuil berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. - UTUSAN ONLINE