Tempat kejadian.
Tempat kejadian.

Mangsa, warga Indonesia berusia 38 tahun ditikam di leher, tengkuk, belakang badan dan perut oleh kekasihnya, iaitu warga tempatan yang merupakan kontraktor pendawaian elektrik selepas dikatakan mengajak lelaki tersebut berkahwin.

Ketua Polis Daerah, Baharuddin Mat Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.25 malam apabila jiran wanita itu ternampak mangsa terlentang di bahagian ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah.

"Sejurus polis tiba di tempat kejadian, mangsa yang menyewa di pangsapuri itu telah meninggal dunia dengan beberapa kesan tikaman. Malah, kita juga menemukan pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa.

"Hasil siasatan, dalam tempoh dua jam kita berjaya menahan suspek berusia 40 tahun di Seksyen 13. Buat masa ini, kita sedang menyiasat punca kejadian tetapi siasatan awal mendapati mangsa mendesak lelaki terbabit untuk mengahwininya.

"Malah, kita juga difahamkan suspek mempunyai masalah mental namun kita masih menunggu pengesahan laporan hospital," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Nek Zaidi Zakaria dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superitendan Zawary Mahadi.-UTUSAN ONLINE