Majistret Mohd. Fitri Sadarudin memerintahkan hukuman penjara terhadap Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin, 32, itu berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 23 Disember lalu.

Megat Amir Asrul yang memakai baju lokap ungu dari Kampung Bakong, Lambor Kiri dekat sini dilihat hanya bersahaja ketika hukuman itu dibacakan terhadapnya hari ini.

Mengikut pertuduhan, Megat Amir Asrul yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Harbans Kaur didakwa telah melakukan perbuatan tersebut bagi maksud mengganggu kesantunan wanita berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 7.15 pagi 22 Disember lalu di rumah mangsa yang terletak di kampung yang sama.

Pertuduhan terhadap Megat Amir Asrul dikemukakan pegawai pendakwa, Inspektor Hamidah Hamzah mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE