Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek berusia 30 tahun dari Petaling Jaya, Selangor ditahan di hadapan sebuah restoran di Seri Gombak, petang semalam.

Susulan penahanan itu, katanya, polis menemukan dan merampas tiga keping syiling emas berkenaan yang dianggarkan bernilai RM8,000 setiap satu dan buku katalog.

"Penahanan suspek dilakukan susulan laporan polis pegawai penyelaras keselamatan Pemangku Raja Pahang.

"Pegawai terbabit berbuat demikian selepas menerima titah Tengku Abdullah pada 28 Disember lalu berhubung penjualan syiling emas dengan gambar baginda, Sultan Pahang dan jata Sultan Pahang tanpa kebenaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, kos pembuatan sekeping syiling emas itu dianggarkan RM8,000 dan dijual pada harga RM18,888.

"Suspek ditahan di ke Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini dan proses reman akan dibuat di mahkamah hari ini," katanya. - UTUSAN ONLINE