ANTARA barang yang dirampas dalam serbuan di dua buah rumah, baru-baru ini.


“Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua suspek cuba meloloskan diri, namun tindakan mereka gagal serta berlaku pergelutan antara suspek dengan polis.

“Pemeriksaan lanjut menemukan ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat kira-kira 1.12 kilogram (kg) yang dibalut plastik lutsinar di dalam beg galas milik salah seorang suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, penahanan keempat-empat suspek ini telah membawa kepada serbuan di apartmen di Taman Dato Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.45 malam.

Ujarnya, seorang lelaki berusia 46 tahun telah ditahan dengan rampasan empat ketulan mampat daun kering disyaki ganja dianggar seberat 1.33 kg.

“Siasatan mendapati geng ini telah aktif sejak empat tahun lalu dan ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek positif dadah.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati mereka turut memiliki rekod lampau bersabit kes dadah. Kesemua suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE