Itulah yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 34 tahun yang menjadi mangsa sindiket ah long sehingga dia dipukul oleh empat anggota sindiket terbabit petang semalam di Bagan Ajam dekat Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pada 14 Julai lalu juga isteri mangsa telah membuat laporan polis selepas rumah mereka disimbah cat merah oleh sindiket terbabit.

"Lelaki yang bekerja sebagai jurutera itu dikejar oleh ah long petang semalam sehingga keretanya kehabisan minyak sebelum dia dipukul menggunakan rotan dan ditumbuk oleh empat anggota sindiket pinjaman wang tanpa lesen itu.

"Hasil laporan polis yang dibuat mangsa, polis berjaya menahan empat suspek yang berusia antara 18 hingga 25 tahun kerana dipercayai terlibat memukul mangsa dan merampas pelbagai barangan daripada mereka termasuk wang tunai," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambah Noorzainy, kes itu disiasat di bawah Seksyen 29B(1) Akta pemberi Pinjaman Wang kerana mengugut mangsa serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerena mencederakan mangsa. - UTUSAN ONLINE