Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof, berkata, suspek berusia 27 tahun ditahan pada pukul 9.30 pagi hasil maklumat awam dan risikan anggotanya.

“Polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan termasuk bilik tidur suspek dengan menemukan 40,000 keping risalah pinjaman wang menggunakan nombor telefon 019-7500753, 38,314 keping risalah menggunakan nombor telefon 017-7367548 dan 31,000 keping kad panggilan pinjaman wang meletakkan nombor telefon 017-7367548.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bergiat aktif melakukan aktiviti berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan menyasarkan orang ramai di sekitar bandar ini sebagai mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE