Ah Chong yang pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan tiba di pekarangan bangunan SPRM kira-kira pukul 10.45 pagi dengan diiringi seorang peguam.

SPRM sebelum ini meminta Ah Chong hadir ke Ibu Pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan membabitkan pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Rabu lalu, tiga pemain MIFA yang ditahan reman selama tujuh hari berhubung kes yang sama telah dibebaskan dengan jaminan SPRM oleh Mahkamah Majistret, manakala seorang lagi lelaki yang merupakan bookie bagi kes tersebut disambung reman sehingga 17 April ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. - UTUSAN ONLINE.