Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, pemeriksaan terhadap adik mangsa yang berusia lapan tahun itu tidak menemukan tanda penderaan fizikal terhadapnya.

Beliau berkata, hasil perbincangan dengan waris terdekat, kanak-kanak tersebut akan dijaga oleh datuk dan neneknya setelah ibu dan bapanya direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Datuk kanak-kanak itu bersetuju untuk menjaga dan menjamin keselamatannya bermula 10 Julai lalu sehingga 18 Julai ini.

"Datuknya juga akan membawa kanak-kanak itu ke mahkamah pada 18 Julai ini untuk mendapat perintah di bawah Seksyen 30 (1) (b) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE