Dua beradik berusia 44 dan 46 tahun itu diberkas dalam operasi yang dijalankan di dua lokasi berasingan di negeri ini dan Kuala Lumpur pukul 5.30 petang 21 September lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, suspek wanita ditahan di sebuah rumah teres di Taman Seri Rambai, Bukit Mertajam manakalanya abangnya diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semasa dalam perjalanan ke Miri, Sarawak.

Katanya, serbuan itu berjaya membongkar makmal memproses dan membungkus pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM769,250 serta merampas ubat-ubatan tiruan yang telah diproses dan sedia dipasarkan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 28 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE