Abd. Rahim yang berasal dari Pekan, Pahang itu menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang ditugaskan sebagai Timbalan Pengarah Gerakan/Pasukan Gerakan Am di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu disaksikan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam pada itu, turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah antara Datuk Sahabudin Abd. Manan dan bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim.

Mat Kasim yang berasal dari Kuantan, Pahang itu menggantikan Sahabudin yang kini ditugaskan sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman. - UTUSAN ONLINE