Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad hari ini.

Menurut beliau, bagaimanapun kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang tinggal bersama suspek tidak mengalami penderaan serius seperti adiknya.

“Hasil siasatan polis, suspek mengaku dia turut memukul kanak-kanak lelaki itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 31 Januari lalu, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hopsital Tuanku Ja’afar Seremban dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan teruk pada organ dalaman termasuk usus terkoyak, buah pinggang terputus serta rusuk kiri dan kanan patah.

Berikutan itu, polis menahan bapa kandung dan ibu tirinya bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

Nazarudin Shahari