Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu menyebabkan mangsa, Tan Seng Chong, 52, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Wakaf Bharu, di sini.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa ditemukan oleh ahli keluarga mereka dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumah tersebut sebelum dibawa ke klinik.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang mempunyai masalah mental sejak tahun 2003.

“Suspek yang merupakan adik lelaki mangsa berusia 50 tahun dikatakan telah menikam mangsa di bahagian dada dan perut selain mengakubatkan kecederaan lain di tubuh badan,” katanya ketika dihuhungi di sini hari ini.

Katanya, suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE