Kesemua yang ditahan dalam serbuan bermula 3 hingga 9 April itu merupakan warga asing dan tempatan yang berumur antara 16 hingga 69 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, menerusi Op Dadu pihaknya menahan 204 penjaga lelaki dan 284 pemain termasuk seorang wanita tempatan manakala 24 penjaga serta tujuh pemain lelaki warga asing.

Ujar beliau, pihaknya turut merampas 2,525 mesin judi yang dianggarkan bernilai RM42,216.


“Menerusi Op Noda pula, kita berjaya menahan 54 orang lelaki dan 30 wanita tempatan manakala 270 wanita serta 27 lelaki warga asing. Kesemua mereka dipercayai bekerja sebagai penjaga dan gadis pelayan pelanggan (GRO) di premis-premis serbuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE