Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Me­gat Mohd. Aminuddin Megat Alias berkata, penangkapan itu dilakukan susulan laporan seorang mangsa yang memberitahu kedainya telah dipecah masuk hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM400,000 pada 16 Februari lalu.

“Mangsa yang menjalankan mining (lombong) Bitcoin dikedainya mendapati penggera kedainya telah berhenti dan barang-barangnya telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, susulan laporan itu, tangkapan telah dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan merampas server Bitcoin berharga lebih RM500,000.

Tambah Megat Mohd. Aminuddin, kesemua individu yang ditangkap mengaku menjual dan membeli mesin bitcoin curi. - UTUSAN ONLINE