Harapan sama disuarakan oleh ibu anggota bomba tersebut Asma Aziz, 52, yang berharap keadilan untuk Allahyarham anaknya dapat segera ditegakkan.

Mohd. Kassim berkata, dia tidak begitu mengetahui me­ngenai inkues yang ditubuhkan bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib namun menaruh harapan agar prosi­ding tersebut dapat membela nasib anaknya yang meninggal dunia hampir dua bulan lalu itu.

“Sebagai ayah, tiada apa yang boleh diperjuangkan melainkan menuntut keadilan buat anak saya dan berharap inkues itu berjalan dengan lancar,” katanya di sini hari ini.

Pada 18 Januari lalu, pe­ngurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib telah dide­ngar di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan prosiding tersebut dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad yang bersidang sebagai Koroner.

Sementara itu, Asma ber­kata, setiap kali selepas solat, dia mendoakan prosiding in­kues bagi menentukan punca kematian anaknya itu berjalan lancar demi memberi keadilan kepada keluarganya.

“Saya hanya mahu melihat pelaku yang memukul anak saya dijatuhi hukuman secepat mungkin.

“Sebagai seorang ibu, saya hanya mampu berdoa supaya prosiding inkues berkenaan berjalan lancar dan dalam keadaan sekarang hanya Allah yang dapat membantu saya,” katanya.