Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah-daerah.


Katanya, daripada 80 individu ditangkap, 61 orang adalah lelaki dan 19 wanita berusia antara 16 hingga 65 tahun yang mana 14 warga asing.


“Op Khas juga digerakkan bagi menghapuskan judi online di empat daerah yang menumpukan kepada kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi menawarkan perkhidmatan isian semula kepada kaki judi.


“Sebanyak 10 serbuan di Bintulu dengan sembilan dilakukan oleh tiga pasukan dari JSJ IPK, Sibu (empat serbuan) dan satu di Kuching berjaya menangkap 36 operator perkhidmatan bersama 33 telefon bimbit dan wang tunai RM8,704 dirampas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, selain itu sebanyak 30 serbuan di 13 daerah melibatkan loteri haram dengan 35 individu ditangkap dan merampas wang tunai RM10,800 bersama telefon bimbit, slip taruhan, pencetak bergerak dan peralatan tulis.


“Dua serbuan melibatkan judi holo di Sibu dan Marudi dijalankan dengan sembilan orang ditangkap serta wang tunai berjumlah RM888 dirampas.


“Kesemua ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya.


Infografik:


Serbuan-serbuan dijalankan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Daerah:


1) JSJ IPK - 12 serbuan (Bintulu dan Miri)

2) Miri - 8 serbuan

3) Sibu - 8 serbuan

4) Kuching - 5 serbuan

5) Bintulu - 5 serbuan

6) Padawan - 4 serbuan

7) Kota Samarahan - 1 serbuan

8) Serian - 1 serbuan

9) Sarikei - 1 serbuan

10) Betong - 1 serbuan

11) Limbang - 1 serbuan

12) Bau - 1 serbuan

13) Marudi - 1 serbuan

14) Julau - 1 serbuan

15) Lubok Antu - 1 serbuan