Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan sekitar pukul 11 malam, beliau terdengar bunyi bising dan suara haiwan ternakannya seperti dalam kesakitan.

Katanya, dia terus keluar rumah dan memeriksa kandang kambing tetapi mendapati haiwan ternakannya tiada di situ. Justeru, Aslup bersama penduduk kampung mencari di kawasan berdekatan.

Petani itu memberitahu Hindustan Times: “Ketika mencari itu, kami ternampak tiga lelaki sedang melakukan serangan seks terhadap kambing milik saya.”

Berang melihat kejadian itu, Aslup dan penduduk kampung memukul ketiga-tiga lelaki terbabit sebelum membebaskan mereka.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki terbabit memberitahu terdapat lima lagi lelaki lain merogol kambing terbabit.

Aslup menambah: “Kambing saya cedera dan terbaring di atas tanah, selain tidak mampu berjalan.”

Menurutnya, kambing berusia tujuh tahun itu juga tidak lalu makan selepas serangan kejam tersebut.

“Saya merawat dan menyapu ubat pada kepala dan hidung kambing terbabit yang berdarah. Kejadian itu menyebabkan kambing saya tidak mahu makan, lumpuh dan mati pada hari berikutnya,” ujarnya.

Aslup mendakwa, salah seorang suspek memberitahu beliau dan rakan-rakannya ‘menikmati saat terindah’ ketika bersama kambing malang itu.

Petani itu kemudian membuat laporan polis terhadap kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Mewat (Nuh), sebuah daerah di India.

Bagaimanapun, setelah laporan polis dibuat, tiada tangkapan dilakukan terhadap kesemua suspek.

Seorang pakar bedah veterinar, Dr. Ramvir Bhardwaj yang melakukan pemeriksaan terhadap kambing itu memberitahu haiwan berkenaan sedang bunting 50 minggu dan punca kematian adalah akibat pendarahan otak.

Kes ini mendapat perhatian netizen dalam media sosial dan beribu-ribu pengguna Twitter memaparkan tanda pagar #JusticeForGoat untuk menzahirkan kemarahan mereka. – MIRROR ONLINE