Pegawai Turus Bahagian Perjudian dan Maksiat Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, tiga warga tempatan berusia awal 20an yang ditahan itu merupakan penganjur kepada aktiviti haram terbabit.

“Turut dirampas dalam serbuan kira-kira pukul 10.30 malam itu adalah perkakasan judi bola golek seperti tikar, papan pertaruhan, bola getah, bongkah kayu, alat penimbang air, kerusi plastik, lampu ayam, bateri dan wang tunai sebanyak RM4,100,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE