Pengarahnya, Zuhair Jamaludin berkata, dalam operasi bermula pukul 10.30 pagi itu, seramai 83 orang warga asing diperiksa.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 lelaki dan seorang wanita warga China diikuti warga Myanmar (10 orang), Bangladesh (21 orang), warga India (lima orang) dan warga Nepal (lapan orang).

“Siasatan mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta Seksyen (15)(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) iaitu tinggal melebihi masa di Malaysia.

“Selain itu, Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan berkerja secara tidak sah. Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE