Kesemua suspek yang berusia 25 hingga 33 tahun berasal dari Lombok dipercayai menggunakan parang dan pisau dengan tujuan menakut-nakutkan mangsa.


Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, seorang lagi suspek lelaki berusia lingkungan 20-an juga berasal dari negara terbabit masih bebas dan sedang diburu.


“Kita percaya dapat menyelesaikan sembilan kes membabitkan rumah penduduk, rumah pekerja dan kedai runcit di sekitar Bukit Pasir, Panchor dan Bakri yang melibatkan kerugian kira-kira RM14,000.


“Kesemua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE