Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya. Beliau mengarahkan hukuman tersebut berjalan bermula tarikh tangkapan iaitu pada 10 Oktober 2017.

Tertuduh didakwa memiliki dua buah senjata api iautu dua butir IED di sebuah rumah di No. 1919, Kampung Merkang, Pasir Puteh kira-kira pukul 6.05 petang pada 10 Oktober 2017.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan minimum enam sebatan.

Tertuduh diwakili peguam Ariff Azami Hussein dan Mohd. Rizwani Adam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias. - UTUSAN ONLINE