Tujuh laporan polis itu dibuat oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Pertubuhan Kipidap, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) dan Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis).

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas menteri kabinet kerana boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak lebih-lebih lagi umat Islam.

“Pusat tahfiz bukanlah ancaman sebaliknya ia adalah pusat pendidikan yang bergerak secara sendiri kenapa pula perlu ditutup sedangkan banyak lagi benda-benda yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara sepatutnya ditutup.

“Kepada Tan Sri Zainuddin, tarik balik kenyataan tersebut yang jelas menyentuh sensitiviti umat Islam dan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE