Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, ketujuh-tujuh geng tersebut adalah Geng Henry 16; Geng Kamal 3B; Geng Irfan LC; Geng Watiq Johan Setia; Geng Ateem Puncher; Geng Kiman Ken Rimba dan Geng Lidud 20.

Polis menunjukkan barangan dirampas
BAHARUDIN Mat Taib (kanan) menunjukan motosikal yang di rampas pada Sidang akhbar ops lejang di Ibu Pejabat Polis  Daerah Shah Alam hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHD. SHAHARANI SAIBI

“Polis telah menjalankan Ops Lejang Khas fasa tiga bermula Jun lalu dan daripada 23 suspek yang ditahan itu, mereka berumur antara 17 hingga 35 tahun dengan sebahagiannya mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan curi motosikal serta dadah.

“Dalam operasi ini juga polis turut merampas 22 buah motosikal pelbagai model, tiga rangka, lima enjin dan beberapa komponen motosikal bernilai hampir RM200,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE