Kesemua suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur ketika menyertai pesta liar di kondominium yang disewa dengan harga RM900 dan RM1,300 sehari. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek yang ditahan berusia antara 14 tahun hingga 44 tahun dan terdiri daripada 38 lelaki serta 30 wanita. 

“Dalam serbuan pertama di Jalan Ceylon, kita menahan 15 suspek termasuk enam warga asing dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM60,000.

“Serbuan kedua kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat lalu, seramai 53 individu termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan di sebuah kondominium di Damai Residence, Jalan Ampang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE