SFC dalam kenyataan memberitahu, aktiviti pembalakan haram di kawasan terbabit terbongkar hasil maklumat disalurkan oleh orang awam yang mengetahui mengenai kegiatan tersebut.

Katanya, bertindak atas aduan diterima, Pasukan Petugas Khas dianggotai oleh dua agensi penguatkuasa terbabit segera menjalankan siasatan yang membawa kepada serbuan pada Jumaat lalu.

“Serbuan dijalankan oleh kakitangan SFC dari Pejabat Wilayah Sibu dan PPM itu membawa kepada penemuan longgokan 637 batang kayu balak.

“Hasil siasatan mendapati, kayu balak tersebut ditebang secara haram iaitu di luar kawasan penebangan yang dilesenkan,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, kes rampasan kayu balak terbabit telah dilaporkan di Balai Polis Kapit, manakala kesemua kayu dirampas diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE