Yang turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 37 tahun iaitu pemilik bengkel di Felda Lepar Hilir yang disyaki aktif sebagai pengedar dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz  Salleh berkata, hasil pemeriksaan ke atas 74 orang yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun, 61 orang didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kita turut merampas dadah jenis heroin seberat 119.2 gram, syabu (7.29 gram), daun ketum (188.6 gram) dan air ketum sebanyak 1.25 liter dengan keseluruhannya bernilai RM21,000.

"Polis juga merampas selaras senapang angin dan sebilah pedang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdul Aziz, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan direman selama empat hari bermula semalam bagi siasatan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE