Ketua Jabatah Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan terhadap keenam-enam suspek dibuat selepas dua individu membuat laporan polis berhubung perbuatan jenayah dilakukan mereka di Batu Kawa di sini dan Sematan, Lundu.

"Dua individu telah membuat laporan polis mendakwa suspek telah memeras ugut wang daripada mereka di Batu Kawa dan Sematan.

"Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak diketuai Deputi Superintenden Sarifudin Mustaffa telah menahan suspek di kediaman dan tempat kerja di Kuching, Padawan serta Lundu pada malam tadi dan awal pagi ini," katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Sementara itu di Mahkamah Magistret di sini, Majistret Zulhairil Sulaiman membenarkan kesemua suspek  berusia 25 hingga 53 tahun direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. - UTUSAN