Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Mohd. Sabri Zainol berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 32 tahun itu ditangkap pukul 12.05 tengah hari.

Menurutnya, operasi khas itu dijalankan susulan maklumat dan risikan yang mencurigakan terhadap tindak tanduk suspek.

“Semasa serbuan dilakukan, kesemua suspek berada dalam rumah dan pemeriksaan lanjut menemukan dua paket kecil plastik lutsinar dan satu peket besar plastik mengandungi dadah dipercayai syabu.

“Pemeriksaan di luar rumah pula menemukan sepucuk pistol hitam menyerupai senjata api jenis P99 DAO yang diletakkan di atas rangka simen tingkap luar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, syabu seberat 1.53 gram itu dianggarkan bernilai RM300.

Katanya, kesemua suspek didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamin

Tambahnya, kesemua suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE