Perintah itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman terhadap suspek yang merupakan pegawai penguat kuasa berusia antara 30 hingga 40 tahun.


Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry memohon tempoh reman tersebut disambung bagi melengkapkan siasatan berhubung kegiatan perlombongan bauksit secara haram di sekitar daerah ini.


Menurut Mohamad Fadhly, enam suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.


Semua suspek ditahan dalam serbuan SPRM antara pukul 3.30 petang hingga 3.45 petang 2 Ogos lalu di beberapa lokasi sekitar daerah ini.


Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perlombongan bauksit secara haram meskipun kerajaan mengenakan perintah moratorium sejak 15 Januari 2016, yang sepatutnya tamat pada 31 Disember ini. - UTUSAN ONLINE