Sejak skim dilancarkan enam hari lalu, sehingga semalam, kes yang direkodkan adalah berkenaan kesalahan peniaga tidak meletakkan tanda harga merah jambu dan meletakkan tanda harga.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, sebanyak 69 kes direkodkan berhubung kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu manakala tidak meletakkan harga sebanyak 39 kes.

“Bagaimanapun tiada kesalahan menjual melebihi harga siling barangan ditetapkan dan nilai rampasan barang yang di rampas bersabit skim ini adalah RM12,977.

“Kita juga telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM12,700 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pasaraya di Seksyen 27, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam. -UTUSAN ONLINE