Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di Pusat Pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1 di sini.

“Keenam-enam lelaki itu yang berusia 21 hingga 27 tahun ditahan kerana bertindak mengasari dua lelaki yang mereka salah anggap sebagai orang asing,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Mohd. Khalil mengingatkan orang ramai untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan jangan bertindak mengikut emosi.

“Buat masa ini semuanya berjalan lancar dan keadaan di Johor terkawal,” katanya. - UTUSAN ONLINE